http://cikgutancl.blogspot.com/2008/05/betulkan-yang-salah-biasakan-yang-betul.html
4
Mei 2008
Sekiranya anda pernah berkunjung ke
Dataran Merdeka Kuala Lumpur, anda mungkin pernah terpandang papan tanda ini.
Papan tanda ini didirikan berhampiran dengan Dataran Merdeka, dan salah satu
daripada tujuannya adalah untuk menunjukkan arah atau letaknya “Kelab Di Raja
Selangor”, iaitu di tepi Dataran Merdeka. Dari segi penggunaan bahasa, papan
tanda ini sememangnya telah menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya. Walau
bagaimanapun, dari segi kualitinya kurang memuaskan.
Dalam papan tanda tersebut, ejaan
kata “Di Raja” yang digunakan dalam frasa “Kelab Di Raja Selangor” sebenarnya
tidak tepat. Kata “Di Raja” sepatutnya dieja “Diraja”, kerana “Di” pada kata
tersebut bukanlah awalan ataupun kata sendi nama, tetapi merupakan sebahagian
daripada kata dasar. Kata “diraja” sebenarnya merupakan kependekan daripada
kata “adiraja”, dan dalam bidang linguistik, proses pembentukan kata tersebut
dikenali dengan istilah “aferesis”. Aferesis iaitu pengguguran atau
penghilangan satu huruf di awal kata, seperti hujung menjadi ujung dan hulu
menjadi ulu. Jadi, ejaan frasa “Kelab Di Raja Selangor” sepatutnya diubah
menjadi “Kelab Diraja Selangor”. Begitu juga dengan ejaan untuk frasa-frasa
lain yang turut menggunakan kata “Diraja”, seperti Polis Diraja Malaysia,
Kastam Diraja Malaysia, dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Papan iklan di atas salah mengeja
perkataan "pasaraya". Ejaan yang betul ialah "pasar
raya".
Papan tanda di atas sudah salah mengeja perkataan
"LEBUHRAYA".
Ejaan
yang betul ialah "LEBUH RAYA"
Secara tuntas, Saya berharap
kerajaan tempatan dapat mengambil iktibar untuk membaiki kesalahan mereka
meremeh-remehkan kesalahan tatabahasa Melayu dalam papan iklan. Jika pihak
kerajaan tempatan sentiasa menyeru pihak peniaga dan pemilik kedai membetulkan
kesalahan papan iklan mereka dengan menggunakan khidmat Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), bagaimana pula dengan mereka sendiri? Saya berharap para pelajar
yang dikasihi dapat sama-sama berjuang bersama saya untuk memfoto papan iklan
yang salah dari segi bahasa dan meng-e-melkan foto tersebut kepada saya di
alamat wgq4990@hotmail.com
supaya kita sama-sama belajar memantau bahasa kebangsaan yang kita sayangi!
Bahasa Jiwa Bangsa!
Bahasa Menunjukkan Bangsa!
Hilang Bahasa Lenyaplah Bangsa!
No comments:
Post a Comment